Saturday, April 20, 2013

Over time


Assalamualaikum...


Kalau untuk orang lain hari Jumaat dan Sabtu adalah off day, tapi tidak bagi maklang. Hari Jumaat dan Sabtu lah maklang pulun nak membuat keje2 maklang sepenuhnya.

Semalam lepas siap sejambak ros krim itu, maklang mulakan dengan projek baru. Alhamdulillah walaupun mata tersangat mengantuk, maklang cuba juga menjahit. Ada yang mahu 4 biji beg yang bunganya seperti ini by end of the month. Yang ini utk beg ke 2. Lepas subuh tadi, sambil menonton ustadz Don dan tanyalah ustadz, maklang siapkan semua nya yang tak siap malam semalam. Overtime sampai 12:30am lah malam tadi!



Hari ini breakfast bibik yang buat nasi goreng. Maklang turun pun dah lewat.. sekali sekala tak apalah bibik yang buat. Budak2 umah ni banyak songeh, kadang bila kata bibik yang buat mulalah bising. Tapi sekali sekala Oklah kot. Maklang kalau lama2 2/3 hari tak masak, rasa guilty 1 macam...

Lepas breakfast, masak utk lunch kejap. Simple aje..ikan gelama masak lomak cili api dan terung goreng. Pastu buat sambal air asam. Mintak tolong bibik bakar ikan kerisi sumbat ngan asam jawa. Cik Abang memang tengah suka tu. Asalkan sambal ok...InsyaAllah sedap lah tu..


Then apalagi..mula around 10:30 kot, maklang mula menjahit pencil cases ni. Nama2 tu ada yang dah disulam. ada yang belum. Cepat jg sikit sebab Maya yang tolong tampalkan nama2 tu. Utk 2 pencil cases kot. Alhamdulillah dekat2 maghrib tadi siap semuanya...



Dinner tadi, maklang makan puff ni. Inti dia maklang buat dan bibik yang isikan dan bakar...minta tolong bakar dan tunggu sampai masak..kau sampai kering betul kulitnya...



Oklaa...tukang jait nak buat overtime lagi tapi malam ni takleh lewat sangat kot..I dah mantuk ! huhu


Assalamualaikum...Jemput datang lagi:)

4 comments:

  1. wahhhh... cantik semua... puff tu lagi cantik rasa nk ngap je..

    ReplyDelete
  2. mulan...dah pernah ngap kan yang ni?

    ReplyDelete
  3. cantiknya sulaman maklang pasti memerlukan kesabaran dan minat

    ReplyDelete
  4. Shidah Rashid...kalau minat memang seronok buat ini..Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete