Friday, April 26, 2013

Ponteng



Assalamualaikum

Semalam ponteng updet blog. Semalam pagi juga maklang ponteng klas agama sebab ada kawan datang rumah. Nak bincang hal solat hajat untuk anak2. Dah lama sangat carik masa nak jumpa..Masing2 ada hal pagi dan petang. So bila kawan kata nak datang...maklang silakan ajelah. Takkan nak kata tak boleh kan:). Itu pun maklang kata klas yang 11:30 pagi tak leh ponteng. Dah confirm nak attend. Terlambat jugak sampai kawan sorang lagi talipon nape tak sampai lagi. Nasib baik dekat aje ngan rumah...


Alhamdulillah bila sampai , Ustadzah baru aje mula...Rasa gementar jugak bila dengar bagaimana cara2 roh nak keluar dari jasad. Moga Allah permudahkan sakaratulmaut untuk kita dan moga hidup kita berakhir dengan kebaikan..Amin...

Kelas semalam tu baru kelas pertama diantara 3 kelas.




Relax sikit tak terkejar nak balik rumah sebab Cik Abang masih outstation. Pukul 12 lebih baru dia sampai rumah. Kesian penat. Maklang pun dah lelap dulu masa dia sampai...Penat zoom zam siang2 dalam cuaca panas...

Petang lepas dah ambil anak2 maklang menyulam utk Cik Norazah..Alhamdulillah siap dah pagi tadi. Tapi belum dkemaskan dan dicat bunga2nya..

Lepas asar maklang layan siapkan beg ni utk Kak Ani. Dia tempah 4 buah. Alhamdulillah..

Ini beg no.4 kak ani:)

Sekerat jalan buat malam tadi


Pagi jumaat biasalah sibuk sikit kat dapur. Pagi2 abang dah pergi pasar. Maklang sempat siapkan sikit lagi RE cikgu Azah. Kemudian pergi hantar Angah tuition dan Hakim ke sekolah sebab dia sebagai ahli import ( tiba2 Cg rasa dia sesuai pulak masuk club ni- Hakim mmg nak join sejak last year tapi tak tahu knp tak terpilih)

Kami brekfas nasi lemak pagi ni. Maya dah lama mintak nasi lemak makcik yang dia suka. Lepas bekfas layan siang ikan, siang udang...sambil masak nasi ayam. siap semua nya kat dapur masuk bila jahit potong kain...wah berpoloh2 wangi I pagi tadi dengan bau ikan segala...so bersiram lah dulu sebelum nak bercucuk tanam lagi:)




Ni maklang buat utk kawan Along. Dia nak 3 buah beg ( wah2...mula2 nak 1 aje ) pastu nak 3 pouches pulak ( mula2 2)..Now tengah terkial2 jait yang ke 3. Pouches lom mula pun lagi...






Penat menyulam..Abang ajak keluar teman dia ambil Hakim kat sekolah ( Hakim dah balik utk solat jumaat kemudian ke sekolah semula utk kelas robotics dia..sian anak mak..penat seharian di sekolah..besok sekolah ganti pulak:() sian dia...


Sampai sekolah baru pukul 6. Ingtkan dia keluar pukol 6. Rupa2nya 6.30. so kami jalan2 tengok2 kawasan. Terasa cam YB pulak...haha...bukan2..bukan YB...YDP dan NYDP je hahaha..

 Meriah..sangat meriah...

Lepas tu jalan2 naik kete kat pantai...tengok pantai laa..moga beroleh pahala..InsyaAllah




Then baru ambil bujang

Malam ni pulak kerja I..sekarang sedang menyulam yg ke 3...Moga dapat siap malam ni...Ya Allah permudahkanlah urusan ku ...Aminnn







Selamat malam..Assalamualaikum



2 comments:

  1. lama tak menyinggak sini dah aktif ke blog ni hehe

    ReplyDelete
  2. cantik RE Maklang..halus buatannya..

    seronok juga melihat perang poster tu kan hehehe..

    ReplyDelete