Friday, October 11, 2013

Sekitar minggu PMR





Assalamualaikum..


Alhamdulillah Jumaat tiba lagi. Suka hari Jumaat.. Boleh bersantai tak terkejar2 ngan anak2 ke sekolah. Maya dah relax sekarang... Tidur je dia. Otak penat dan stress lepas PMr. Maklang pun dah boleh mula jahit2 lebih sikit sbb selama 4 hari PMR, maklang berkampung kat sekolah sbb 'bukak kantin' menguruskan makanan utk anak2 PMR yg dana utk food diberi oleh ibu2 yg prihatin.. Moga Allah beri ganjaran atas keikhlasan itu .. Aminn

 Gambar hari kedua.. Moga Maya cemerlang.. Aminnn


Lepas exam , ada makan bakso masa hari isnin pmr



Itu dia semeja bakso...Alhamdulillah..maklang pulak terexcited;)



Seronok..tq Mama.. Tolong serve2kan..



Lepas dah lunch, cg Wan bukak last minute session utk sejarah..sangat komited cg wan ni. Cg yang anak2 maklang sangat sayang dan 




Setiap hari masa PMR begitulah ceritanya .. Ada buat majlis solat hajat dan kemudian terlari2 cari food yg ditempah. Syukurlah. Cuma hari ke3, ada ibu yang bekalkan bakso dan karipap... Mmg bukak kantin betul sbb dpt makanan yg belum berbungkus... 




Sempat juga maklang siapkan beg yg due. Dan siap beberapa kusyen cover. Jahit dalam ngantuk. Jam 10 dah layu.. Terlelap2 kat kerusi. Kadang waktu siang zoom zam tak sedar kita ni dah delat 1-2 abad, dah tak selincah dulu.





Alhamdulillah dah siap ke4/4..hari rabu lepas. Now kakak tgh bubuh manik.;)


 Beg ini dah tiba kat tuan nya.. Pattern ini paling laku..Alhamdulillah:)

Hari rabu lepas pulak, maklang join 1 group usrah baru..sangat best sbb sangat meriah..belajar, bermain dan makan2:). Tq ustadzah noriah n kawan2 for making it so lively;).. I truly enjoyed my time there:).. And salam perkenalan...;)




Dah tua2 baru dapat main belon2:)



InsyaAllah tengahari ini Angah balik dari Kem yang sekolah anjurkan. Dia pergi hari Rabu lepas. Bising sikitlah rumah ni..


Dan yang paling di tunggu, insyaAllah Along sampai pagi besok. Petang ini jam 7lbh dia akan bertolak dari bandung insyaAllah dan Abah akan jemput di LCCT nanti.. Moga perjalanan selamat... Aminn


SELAMAT KEMBALI BUAT YG MAK RINDU...

Saturday, October 5, 2013

Maya dan PMR



Assalamualaikum. 

Dah lewat malam. Maklang tak boleh tido.. Hehe.. Sebenarnya dah terlelap pukol 9:30 td dek keletihan. Buat apa pon tak tahu. Pg td ke pasar then masak, then dptlah supam sikit2. Lepas zohor maklang kemas bilik jahit.. Nak kata letih sgt tak delah.. Agaknya sbb 2/3 hari lepas zoom zaam layan maya PMR kot




Moga maya berjaya dgn cemerlang dan gemilang...aminn

Masa 1.10 yg lepas maklang tumpang cg besar SKRP ke KT tengok artis maklang lg:) kali ini cuma itk acara penutup. Tiada debaran lagi;)






Jumpa lagi! InsyaAllah!

Tuesday, October 1, 2013

Sunyi


Assalamualaikum..


Sunyi semalam sebab klon abah tak ada kat rumah. Kalau tak, dialah peneman mak masa abah outstation ni. Semenjak jadi ' artis' Skrp ni..ada pementasan seminggu sekali..dan kadang2 terdengar dia dok ulang2 skrip.. Maklumlah nak lancarkan... Kalau dapat ulang2 ayat Quran pasti lebih baik..hehe..nanti nak dera dia biar hafal ayat Quran sama2 ngan mak dia..

Tengahari semalam pukul 2:30 baru bertolak ke KT. Masa nak pergi ke skolah tu bertunda dgn bas yg dihias macam rumah kayu. Kat belakang bas ada tulis SUMAI. Tempat yg dia akam tinggal di KT. Dia kata..mak..akim naik bas ni ke nanti? Mak ye kan aje walau tahu takkalah naik bas macam tu nak gi jauh2. Bas tu setakat Kemaman bolehlah. Dia kata naik bas tu sakit badan..duduk atas kosi kayulah katakan. Masa tu nak pergi zoo kemamam...bujang mak ni bendul..macam mak dia sikit2 heheh...teringat arwah mil.. Pernah dia cakap kat maklang... Cuba jangan jadi bendul sangat.. Sekali sekala kena kona juga laki awak tu... Macam tulah lebihkurang arwah MIL cakap..banyak nasihat dan tunjuk ajar darinya masa maklang baru2 kawin dulu..sekali sekala datang rasa rindu kat arwah...insyaAllah mak..tiap kali lepas solat pasti ku titip doa buat mu, mak...alfatihah untuk mak...

Inilah beg artis..seboleh2 dia nak sumbat dalam backpack dia... Bila tanya kenapa tak nak masuk beg peti, dia kata dia suka beg galas... Macho kot... Nak juga mak-nager yang buatkan.. Habis baju utk nak berlakun disumbatnya... Pandai pulak susun baju ikut mana nak pakai dulu...:)


Masa hantar Hakim smlm tu, terus amek maya sebab dia balik awal. Angah pulak ada kem kat kemaman. Sejak nak exam ni selalu ada kem utk nak belajar pelajaran yang agak lemah. Alhamdulillah pihak kerajaan terengganu anjurkan...moga Allah permudahkan semuanya... Moga anak2 mak berjaya mencekup semua A dalam semua mata pelajaran.. Tak lupa yg di Bandung juga.

Ok takat ini dulu.. Mak ada keje nak siapkan sblm ke KT jap lagi..


Kat bawah ni gambar after and b4 beg yg dipesan kawan maklang.. Alhamdulillah
InsyaAllah

Monday, September 30, 2013

Dating:)

Alhamdulillah ahad maklang bz dating je.. Hehe.. Anak2 sekolah. Bapak anak tak keje..

Pagi2 sibuk masaklah. Buatkan paklang rojak india. Awal pagi lepas bfast nasi lemak by bibik n sambal dari freezer yg memang maklang selalu make sure ada dalam fridge, maklang mula buat karipap. Ada kawan tengok kat fb maklang... Kesian pulak. Inti dah siap senanglaa dalam 1/2 jam kot dah siap dah boleh bakar. Sambil buat karipap, kuah rojak india dah atas dapor. Bibik pun dah blendkan biskut.. Senang curah je dalam piuk. Lepas tu tau ajelaa, masak utk lunch ayam berlada, buat cucur etc.. Alhamdulillah by 10 am siap!
Termerah .. Leka kat bawah memasak.. Lupa karipap ada dalam oven:)


Lepas siap tu talipon sana sini.. Atap bocorlaa airkon bocor semula:(. Last2 keluar dating ke Paka ( read buat grocery) dekat pukul 11:30 kot.. Naik si cicik.. Bila abg cakap rasa cam kuatnya...hehe... Lepas buat grocery kat kedai Tunas tu ( sbb brg2 murah sikit dr Gergasi) kami ke pasar Paka.. Terpikat ngan ikan merah fresh. Mak oi se kg rm30! Seekor kena rm50!. Mahalnya ikan sekarang. Lada merah rm8/kg which i think is reasonable... Kalau Kerteh rm12 kot... 


Balik rumah sempat cik abang makan rojak india, b4 kami hantar air2 utk PMR kat sekolah maya. Kami kutip duit dari parents yg nak donate utk bila anak2 peksa.. Lepas tu amek boy maklang..


Kejap aje dah petang... Cuaca agak mild dan mata pon mild nak tidor tp maklang minum kopilah
sbb keje i banyaaaak tak siap;(

Petang. Alhamdullah ke2/2 tukang atap dan ekon sampai.. Lega.. Satu dua  hari ni dtg lah tu nak repair, insyaAllah..


Malam
Cik abang bertolak ke KL lebih kurang kol 10 kot. Maklang sambung menjahit dalam lelap... Hihu.. Kol 1 kot baru landing! Ini pon tgh ngantuk tp harus siapkan ini by today, insyaAllah..

Moga Allah permudahkan... Aminnn

Saturday, September 28, 2013

Assalamualaikum 

Kejap aje malam dah melabuhkan tirainya.. Terlalu cepat kalau wiken ini..

Maklang goreng kuew teow yg paklang suka.. Banyak2 taugeh ngan kucai .. Hari ini guna udang idup sebagai perencah sebab Angah nak bawa pergi ke sekolah.. Bakar karipap dan jg bawa serawa.. Alhamdulillah bekalan ke sekolah utk cg Jamie yg dah bertukar ke sekolah di kuantan tp masih dtg ke kerteh utk ajar anak2 muridnya... Moga Allah balas budi cg..

Maklang seharian mengadap jahitan. Tengahari masak sempoi je. Buat sos lada campor mangga dan curah atas ikan siakap celop tepung. 2 ekor size sederhana ikan lenyap bebrapa kelip mata.. Hehe


Sebab lauk dah abis.. Ptg maklang buat bubur dan bibik buat sup ayam... Nasi air kata org sini..



Gambar RE yg dibawah ni akhirnya selesai jugak... Lega. Tp ada 2/3 lagi org tu nak tempah..lengohnya nak buat...
Tak abis lagi


Tambah pulak dgn lutut yg sangat lenggoh makalmhl rasa malas nakbuat semuanya.. Moga bangun besok, lenggoh pun dah hilang.. Aminn


Friday, September 27, 2013

Jumaat yg bz:)

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama tak ke pasar tani, hari ini maklang pergi dengan assistant maklang, Angah. Nak kena bawak sorang sebab mmg den langsung tak boleh dan tak mahu angkat barang2 berat. Silap haribulan pinggang jem buat beberapa hari atau beberapa minggu. Biasa tugasan ke pasar cik abang yg lakukan tapi dek kerana tugasan di luar kawasan terpaksalah maklang yang lakukan:).. Seronok gak jumpa beberapa org kawan kat pasar tani.. Almaklum Kerteh ni pusing kiri pusing kanan toleh depan toleh belakang pasti ada orang yang kita kenal or pernah jumpa di mana2:)
My tukang angkat barang

Tak dan nak masuk rumah lepas hantar barang2 dari pasar tani, maklang bergegas hantar Maya tuisyen pulak. Wah kete cicik ( istilah mimin utk kecik) ligat berpusing hari ni...

Lepas breakfast nasi dagang dan nasi kerabu, sempat potong beberapa helai kain utk dijadikan beg InsyaAllah..lepas tu baru bersiap nak amek Maya. 20 mins kot tunggu2 tak keluar, maklang decided nak pi ti em si utk nak beli barang rumah dan juga air mineral utk masa PMR nnt insyaAllah. Balik dr ti em si baru pi amek Maya dan terus pecut nak hantar Hakim ke masjid utk solat Jumaat.


Petang pulak beberapa org kawan datang nak beli kain n riben...  


Lepas mereka pulang maklang sambung tumis utk nak buat inti karipuff yg dah lama cg sekolah idamkan:)
 Lepas isyak baru sambung apa yg perlu. Alhamdulillah siap gak 40 bj dgn bantuan kakak. 20 bj dah dibakar sebagai ganti makan malam:)

InsyaAllqh pg besok bakar lg n Angah boleh bawa kasi cg masa klas tambahan. Sgt bertq pd cg sebab walau dah berpindah sekolah di kuantan sanggup dtg utk nak ajar anak2 muridnya di sini. Hanya Allah dpt membalas jada cg..


Jumaat..


Assalamualaikum 

Semoga Jumaat kita diberkati dan moga dapat menambah ilmu dan amal lg


Pagi ini plan nak ke pasar tani. Nak beli ayam segar. Beli kat pasar tani ayam yg dipotong kemas2, kalau ayam kat pasar malam mac hancus je ayam tu.. 

Then kena hantar Maya tuisyen, bila dia
balik nnt nak ke Gergasi nak
beli pastry puff punya kulit. Nak buat puff itk cg Angah.. InsyaAllah


Lepas tu nnt baru boleh pegang riben..

Sambil2 tu kita enjoy bunga maklang yg berkembang:)
InsyaAllah ada masa kita jumpa lagi ye.. Tgk apa yg maklang dapat accomplish arini:)

Moga Allah permudahkan:)

Oh ye.. Nak selit gambar Hakim buat donut semalam di sekolah;)

Alhamdulillah tembamnya donut macam tuan dia;)

Assalamualaikum!