Wednesday, July 17, 2013

Mereka datang sebentar sangat

Assalamualaikum


Alhamdulillah dah masuk hari ke8 dah kita berpuasa....Maklang 2-3 hari ini ada rasa letih sikit. Wan dah pesan jgn minum air sejuk, tapi as usual tu yang sedap:) Pagi2 ni biasalah macam letih sikit tapi bila dah banyak gerak dan sibuk dengan keje moga allah beri sedikit lagi tenanga utk meneruskan kerja2 yang masih ada :) InsyaAllah...


Ini gambar lauk berbuka hari Sabtu lepas. Rumah maklang ni, nak makan apa waktu berbuka ke ada list...siapa nak makan apa, nnt InsyaAllah maklang buatkan.


Hari Sabtu lepas was Hakim's turn...Dia nak nasi ayam. Alhamdulillah sangat, tak banyak kerena:)




Cik Abang pulak kata, buatlah makanan Thailand entah apa nama dia...Letak seme bahan ni dalam daun kaduk and makan cam sireh tulaa...kunyah and telah. Kebetulan banyak daun kaduk kat belakang rumah,



Pagi2 masa whatapps ngan Alang, maklang ajak dia dtg sini. Rupa2nya dia mmg dah ada plan nak dtg. Alhamdulillah mereka tiba about 4:30 ptg tu

 Seronok sangat semua...Rindu!
Ini Cik Abang tengah makan makanan Thailand

dan juga ada rojak Cina...lama dah dia minta..Dia sape lagi,  my beloved laa

Dalam pada menjahit tempahan, maklang sempat jahit ni sekejap. Alhamdulillah. Ini bkn org tempah, itu yang cepat dijahit



Alhamdulillah...kat sini ada beberapa lagi lauk berbuka kami. entah hari apa tak ingat....mana tau boleh jadi idea nak memasak petang nanti...




Alhamdulillah senpat juga siapkan table runner last weekend..



Maklang suka tengk gambar ni...dah bujang dah anak bongsu maklang.. Alhamdulillah



Sekian..Assalamualaikum

Wednesday, July 10, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia

Assalamualaikum

Alhamdulillah dikesempatan ini maklang ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa. Moga puasa kita akan Allah terima dengan sebaik2nya .. InsyaAllah


Maklang juga berdoa moga maklang dan keluarga dapat menambahkan lagi Amal ibadat dibulan yg mulia ini insyaAllah. Moga Allah bukakan pintu2 hati dan ringan hati kita utk solat malam... Bukan bangun sahur utk makan utk keperluan jasmani sahaja tapi juga utk keperluan rohani dengan menambahkan solat2 sunat dan membaca AlQuran .. Setiap kali lepas solat memang itulah yang maklang doakan... Kita bukan nak senang dunia sahaja tapi nak lebih senang diakhirat.. Kita juga tak nak dikata sombong dengan Allah kerana kita tak nak buat solat2 sunat tambahan... Ya Allah KAU permudahkan lah semua ahli keluarga ku termasuk diriku sendiri utk menambah Amal ibadat di bulan yang mulia ini dan moga dapat dikekalkan sehingga selepas Ramadhan dan dibulan2 seterusnya .. Buang kan lah sifat malas utk solat malam, solat sunat dan sifat leka dari melakukan amalan2 yg KAU sukai.. Aminnn










Monday, July 8, 2013

Selo ( slow)

Assalamualaikum...


Hari ini maklang slow...slow dalam nak menyiapkan kerja dari pagi..entah apa2 yang maklang buat pun tak tahu. Tapi yang tahunya siaplah nasi tanak 1 piuk, pacri nenas dan juga sambal tempe ngan kentang. Semuanya siap sebelum pukul 8 pg. Yang itu ok, yg tak ok bab menyulam...huuhuuu

Alhamdulillah malam semalam dapat selesaikan 1 sulaman simple utk nak dijadikan beg. Ini permintaan Cg sekolah...



 Pie ini pulak Along and kakak yang buat. Angah pun ada gak tolong2 kot masa buat inti. Baru sekejap tadi dia bawak naik ke bilik maklang...Alhamdulillah pandai dah anak dara mak masak!


```


Yang ini pulak lunch nasi goreng tanak yang maklang cakap tadi. Alhamdulillah habis semuanya...


Tengahari tadi masa kawan masa keje dulu datang. Maklang jamu mereka dengan nasi tanak. Alhamdulillah bertambah makan itu...Suka!




Ok takat ini dulu...nnt jumpa lagi InsyaAllah...


Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak!

Sunday, July 7, 2013

2 tahun

Assalamualaikum...

Diam tak diam, hari ini dah 2 tahun maklang jadi surirumahtangga sepenuh masa. Sungguh cepat masa berlalu. Setakat ini tak pernah lagi rasa menyesal kerana berhenti. Mungkin kerana masa nak berenti maklang dah beristikhorah dan solat hajat minta Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah...InsyaAllah ini adalah yang terbaik buat kami sekeluarga:)


Pg tadi gi date ngan Along. Dia nak makan roti canai kat Kemasik tapi tutup pulak kedai tu. So kami ke MM lah, makan kat situ. Dia nak rasa Yong tau fu gak. Beli sepinggan tambah itu ini jadi RM 11! Terkezut kejap...hehe

Then otw balik, singgah hantar tempah baju raya.:) Malas nak jahit kain lembik2 tahun ini:)

Hari ini sibuk sikit menjahit beg. Dah pos pon 3 bj beg . Dapat jugak siap jahit 4 bj kusyen. Moga Allah permudahkan segala urusan maklang nak siapkan tempahan. Moga2 juga dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna, InsyaAllah:)






Dan Alhamdulillah petang tadi dapat makan mee rebus Johor yang anakanda maklang idamkan...:)...resepinya ada kat blog masak maklang...kat buku resepi maklang pun ada...:)


Oklah sekian dulu..selamat malam dan jumpa lagi:)

Saturday, July 6, 2013

Kisah hujung minggu

Assalamualaikum...

Santai aje hujung minggu ni. Anak2 pun tak sekolah...Angah pagi2 dah siap nak ke tuition tapi cancelled sbb cg tak sihat. Maya pulak dpt tahu tuition start awal. Tapi bila sampai dapat tahu yang tuition macam biasa. Malas mak nak ulang alik. So suruh Maya tunggu je kat situ. Kawan2 dia pun dah ramai yang datang , so tak apalah dia tunggu.

Breakdasr besar pagi semalam sebab ada orang kemaruk...kalau boleh nak makan semua agaknya. Berselera benar!

Untuk tengahari , maklang buat gulai nangka. Lama dah nak makan. Tapi hari selasa lepas masa maklang attend kursus pengurusan jenazah dah dapat makan, tapi biasalah...nak makan yang buat sendiri baru puas hati. Masih ada berbaki...nak makan lagi lah besok InsyaAllah..

gulai nangka idaman hati:)


Hari ini pulak Cik Abang I masak. Dia yang membajar daging etc. Tapi semuanya dah disiapkam oleh bibik:)



BBQ pit ni buat dah beberapa tahun lepas dan beberapa tahun tak digunakan. Biasa buat kat dapur aje..tp tadi Along, Maya dan kakak tolak kat tepi kolam..Seronok berpiknik!


2 buah hati I sedang menjalankan tugas...hehe


dah pun siap dibakat




Chef in the house...sedang seronok nak BBQ. Wife chef duduk tersandar je tunggunak kena serve..

dan ada tetamu khas...Chef Hanieliza...aka Kak Liza ....


Along serve ni...the kulit tu bawak balik dari Jatinangor:)

Alhamdulillah...


Sementara nak tunggu api nak padam, maklang bakar daging ..nnt boleh buat gulai daging salai....Bestnya...InsyaAllah!


Along nak bakar kerang pulak...:)





Thats all fot now...

Assalamualaikum!

Friday, July 5, 2013

Anakanda sulong dah balik!

Assalamualaikum


Hari Khamis lepas ada hari kerjaya di sekolah Angah Maya. Maklang kena masak utk jualan. Tapi tak banyak yang habis. Tak apalah..saje suka.

Banyak jugak gerai..macam2 ada:)


Balik dari sekolah maklang uruskan hal2 sendiri kejap. Lepas lunch, maklang mencari idea apa nak bawak ke Wan Pari. Sebab petang tu nak ke KT..Alhamdulillah...akhirnya anakanda sulong dah nak balik:)

Cari2 idea...dah dapat apa nak bawak. Maklang buat kek kecik je utk dia. Marble cake feberet dia:)
Lepas tu letak lah apa2 yag ada ..so cepat2 cari kain yang akak menarik dan jahit one small tote bag. Kalau nak...cepat aje siap nya..Alhamdulillah:)



Ni sample aje..buat bekalan masa dalam perjalanan ke KT. kami ikut jalan dalam tembus kat Bukit Besi and terus masuk hiway utk ke KT. Ingat kan dapat lah sampai dalam 1.5 jam terus ke rumah Wan Pari di Batu Rakit, tapi rupanya sama aje...slow sebab ujan lebat dan ikut lori...

Tiba BR about 7:40pm. Bergegas slat maghrib dan lepas tu kami makan soto ayam ..Sedap! sebab Wan Pari masak mmg sedap! Alhamdulillah


At last...about 930 dia pun keluar...Seronok mak and Abah nya. Ngan adek dua pun seronok nampak. Hakim ada tournament...



Wah yang paling ceria adalah...Cik Abang I lah. Kami giat2 kot dia nangis ...hehe

Ini nsk tunjuk bukti bahawa dia tak nangis..


Sempat gak bergambar dgn Wan PAri , Tok Uncle dan Aiman ..

Lepas dr airport, terus nak balik. Dalam perjalanan...I tidur,  Sian abang I ngantuk sangat,,

Asslamualaikum

Monday, July 1, 2013

Outing lagi!

Assalamualaikum...

Maklang tengah sibuk sekarang ni..Hajat nak updet tak terupdet...Melayan riben dan sebagainya.Almaklum dah dekat nak puasa...and nak raya...tempahan pulak melambak tak siap...maklang buat ikut dan ler nnt...InsyaAllah





Seronok kali ini ramai..para suami yang ada kelapangan pun join..Paklang kerja...so tak dapeklah nak join...sebenarnya para suami ada yang adhoc je... Alhamdulillah it was fun..as usual laa...kecoh se kampung


Perkara biasa sebelum mula...kami mula dengan sesi penggambaran...susun cantek2, lawa2 then baru soru!


Alhamdulillah atas jalinan persahabatan..Moga berkekalan sehingga ke akhir hayat InsyaAllah....

Next trip dapat famili day..bestnya!