Friday, October 11, 2013

Sekitar minggu PMR





Assalamualaikum..


Alhamdulillah Jumaat tiba lagi. Suka hari Jumaat.. Boleh bersantai tak terkejar2 ngan anak2 ke sekolah. Maya dah relax sekarang... Tidur je dia. Otak penat dan stress lepas PMr. Maklang pun dah boleh mula jahit2 lebih sikit sbb selama 4 hari PMR, maklang berkampung kat sekolah sbb 'bukak kantin' menguruskan makanan utk anak2 PMR yg dana utk food diberi oleh ibu2 yg prihatin.. Moga Allah beri ganjaran atas keikhlasan itu .. Aminn

 Gambar hari kedua.. Moga Maya cemerlang.. Aminnn


Lepas exam , ada makan bakso masa hari isnin pmr



Itu dia semeja bakso...Alhamdulillah..maklang pulak terexcited;)



Seronok..tq Mama.. Tolong serve2kan..



Lepas dah lunch, cg Wan bukak last minute session utk sejarah..sangat komited cg wan ni. Cg yang anak2 maklang sangat sayang dan 




Setiap hari masa PMR begitulah ceritanya .. Ada buat majlis solat hajat dan kemudian terlari2 cari food yg ditempah. Syukurlah. Cuma hari ke3, ada ibu yang bekalkan bakso dan karipap... Mmg bukak kantin betul sbb dpt makanan yg belum berbungkus... 




Sempat juga maklang siapkan beg yg due. Dan siap beberapa kusyen cover. Jahit dalam ngantuk. Jam 10 dah layu.. Terlelap2 kat kerusi. Kadang waktu siang zoom zam tak sedar kita ni dah delat 1-2 abad, dah tak selincah dulu.





Alhamdulillah dah siap ke4/4..hari rabu lepas. Now kakak tgh bubuh manik.;)


 Beg ini dah tiba kat tuan nya.. Pattern ini paling laku..Alhamdulillah:)

Hari rabu lepas pulak, maklang join 1 group usrah baru..sangat best sbb sangat meriah..belajar, bermain dan makan2:). Tq ustadzah noriah n kawan2 for making it so lively;).. I truly enjoyed my time there:).. And salam perkenalan...;)




Dah tua2 baru dapat main belon2:)



InsyaAllah tengahari ini Angah balik dari Kem yang sekolah anjurkan. Dia pergi hari Rabu lepas. Bising sikitlah rumah ni..


Dan yang paling di tunggu, insyaAllah Along sampai pagi besok. Petang ini jam 7lbh dia akan bertolak dari bandung insyaAllah dan Abah akan jemput di LCCT nanti.. Moga perjalanan selamat... Aminn


SELAMAT KEMBALI BUAT YG MAK RINDU...

Saturday, October 5, 2013

Maya dan PMR



Assalamualaikum. 

Dah lewat malam. Maklang tak boleh tido.. Hehe.. Sebenarnya dah terlelap pukol 9:30 td dek keletihan. Buat apa pon tak tahu. Pg td ke pasar then masak, then dptlah supam sikit2. Lepas zohor maklang kemas bilik jahit.. Nak kata letih sgt tak delah.. Agaknya sbb 2/3 hari lepas zoom zaam layan maya PMR kot




Moga maya berjaya dgn cemerlang dan gemilang...aminn

Masa 1.10 yg lepas maklang tumpang cg besar SKRP ke KT tengok artis maklang lg:) kali ini cuma itk acara penutup. Tiada debaran lagi;)






Jumpa lagi! InsyaAllah!

Tuesday, October 1, 2013

Sunyi


Assalamualaikum..


Sunyi semalam sebab klon abah tak ada kat rumah. Kalau tak, dialah peneman mak masa abah outstation ni. Semenjak jadi ' artis' Skrp ni..ada pementasan seminggu sekali..dan kadang2 terdengar dia dok ulang2 skrip.. Maklumlah nak lancarkan... Kalau dapat ulang2 ayat Quran pasti lebih baik..hehe..nanti nak dera dia biar hafal ayat Quran sama2 ngan mak dia..

Tengahari semalam pukul 2:30 baru bertolak ke KT. Masa nak pergi ke skolah tu bertunda dgn bas yg dihias macam rumah kayu. Kat belakang bas ada tulis SUMAI. Tempat yg dia akam tinggal di KT. Dia kata..mak..akim naik bas ni ke nanti? Mak ye kan aje walau tahu takkalah naik bas macam tu nak gi jauh2. Bas tu setakat Kemaman bolehlah. Dia kata naik bas tu sakit badan..duduk atas kosi kayulah katakan. Masa tu nak pergi zoo kemamam...bujang mak ni bendul..macam mak dia sikit2 heheh...teringat arwah mil.. Pernah dia cakap kat maklang... Cuba jangan jadi bendul sangat.. Sekali sekala kena kona juga laki awak tu... Macam tulah lebihkurang arwah MIL cakap..banyak nasihat dan tunjuk ajar darinya masa maklang baru2 kawin dulu..sekali sekala datang rasa rindu kat arwah...insyaAllah mak..tiap kali lepas solat pasti ku titip doa buat mu, mak...alfatihah untuk mak...

Inilah beg artis..seboleh2 dia nak sumbat dalam backpack dia... Bila tanya kenapa tak nak masuk beg peti, dia kata dia suka beg galas... Macho kot... Nak juga mak-nager yang buatkan.. Habis baju utk nak berlakun disumbatnya... Pandai pulak susun baju ikut mana nak pakai dulu...:)


Masa hantar Hakim smlm tu, terus amek maya sebab dia balik awal. Angah pulak ada kem kat kemaman. Sejak nak exam ni selalu ada kem utk nak belajar pelajaran yang agak lemah. Alhamdulillah pihak kerajaan terengganu anjurkan...moga Allah permudahkan semuanya... Moga anak2 mak berjaya mencekup semua A dalam semua mata pelajaran.. Tak lupa yg di Bandung juga.

Ok takat ini dulu.. Mak ada keje nak siapkan sblm ke KT jap lagi..


Kat bawah ni gambar after and b4 beg yg dipesan kawan maklang.. Alhamdulillah
InsyaAllah