Friday, April 19, 2013

Salam Jumaat yang Mulia

Assalamualaikum...

Jumaat telah pun melabuhkan tirainya. Sudahkan kita? 
Sudahkan kita berselawat hari ini?..Moga kita tak lupa melakukan nya..dan semoga denga kita berselawat itu kita akan mendapat syafaat Rasulullah di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah.

Rasa letih sejak dari semalam masih tak hilang lagi masa maklang tersedar dari tido. Kalau ikut kan hati nak aje baring baring dan baring..tapi kalau ikut kan hati memang tak menjadi apa2 lah. 

Paksa paksa diri utk bangun dan melakukan apa yang patut. Alhamdulillah bila dah bergerak2 kan badan ni, rasa OK lah. Bolehlah nak buat2 keje.

Pagi ini bibik buatkan nasik lemak. Sambal memang dah siap dan dah freeze. So, we had breakfast nasi lemak lah tadi. Lepas Cik Abang balik dari pasar tani ..






( gambar ikhsan dari fb Cik Abang:)


Selesai breakfast cepat2 memasak kat dapur sebab nak join Kem Ibadah anak2 kat Surau Rantau.  dapat kejap pun jadiklah. Tiab surau pukol 10:30am. stadz masih memberi tazkirah..Alhamdulillah


Pukul 12:15 tak silap majlis berakhir. Alhamdulillah...:)

Balik rumah terus lunch. Makan nasi lemak yang tak abis tadi dan juga ayam berlada yang maklang dah masak sebelum maklang keluar. Dua2 anak perempuan maklang pun ikut balik:)


Kemudian sambung dengan kerja2 menyulam yang tertunggak sejak 2 malam lepas. Nak dekat maghrib tadi baru selesai. Alhamdulillah. Masih ada 1 lagi tak siap, dan utk orang yang sama 2 biji lagi kusyen bulat belum bersulam. Moga Allah permudahkan...Amin




Semenjak dua menjak ni, Busu asyik Whatsapp gambar anak bongsu dia aje...sangat sakit hati dibuatnya sebab tak dapat nak gomol si Aisyah ni...Lambat nya nak jumpa lagi...Tapi moga Allah perdekatkan masa utk kami bertemu...Aminnn

Ni baru aje sudah makan satay. Tak leh makan banyak2 satay ni...banyak minyak dan kita yang dah dekat2 1/2 abad ni cepat dapat penyakit kalau tak jaga...tapi kalau ditegur tak leh makan banyak2 jangan lah tarik muka...mengalahkan budak2..Moga Allah pelihara kita dalam kesihatan yang baik...Aminn


Assalamualaikum!

No comments:

Post a Comment