Sunday, April 21, 2013

Mandi kek



Assalamualaikum


Maklang hari ni dari pagi dok buat kek.
Pagi2 dah buat breakfast Olio Spaghetti tu. Cik Abang pagi2 dah makan dulu sebab dia kena attend pengambilan hadiah Johan utk SKRP di Dungun. Lepas hantar anak2 ke sekolah teruslah dia ke Dungun. 


Maklang pula lepas masak2 utk lunch yg hari ini tak tahu nak masak apa, langsung buat kek marble sebab ada kawan tempah dari minggu lepas. Suka tengok warna2 tu...menarik!



Alhamdulillah maklang sempat hantar kek kat kawan maklang lebihurang pukul 11:00 pagi tadi. Harap2 dia puas hati.


Tengahari lepas lunch pergi hantar baju kat tailor. Terasa nak buat blaus baru sebab asik2 pakai baju yang sama aje bila gi jalan. Memang kalau jalan tak berapa suka nak pakai baju kurung. Malas nak menggosok baju kurung huhu..


Lepas amek anak2 balik dalam pukul 3:45 ptg, maklang buat lagi kek. Kek keret yang bakal di pos ke Kedah dan juga marble kek lagi. Moga besok kek tu akan sampai ke tangan mak dan abah. Nanti kek yang beratnya about 1.8 kg tu,  akan dibahagi 3, kami wan johor dan wanpari.


Alhamdulillah kek keret yg akan di pos ke Kedah insyaAllah...

 Dan dalam kekecewaan maklang tentang chaiback yang kawan maklang, maklang pos gambar ini di face book. Dari pagi tak ada yang mahu....so maklang tanya kawan maklang yang agak2 minat. Alhamdulillah dia nak kesemusya dn dia mintak buatkan lagi satu:)



Bahagian RE pulak..hari ni jer yang siap. 
Layu layuan ...sekarang ni baru 3 yg siap...Mata den dah lolap...

1 comment: