Sunday, April 14, 2013

Cuti ~ Phuket , Thailand...Sawadee krap Part 3





Assalamualaikum ...



Sambung kisah semalam...


Maklang ingatkan nak updet malam semalam. Tapi apakan daya...mataku mengantuk ya amat. Kalau biasa2 pukul 12 tu masih segar, tapi by 11 semalam tu mata dah kuyu layu.hehe..

Masa kat JungCeylon tu belek2 Maklang jumpa gelang ni. Teruja sangat nak beli. Bukan utk sendiri tapi utk seorang sahabat di Kerteh, Dia memang mengcollect gelang cam ni. Kita tengok orang pakai memang cantek..kalau maklang pakai memang tak seswai! Harap2 dia sukalah...





Petang tu,  kami tapau food dari Jungceylon. Memang sedap dan berbaloi..Alhamdulillah...Geram tengok udang salut breadcrumbs tu...ayam goreng bersalut breadcrumbs pun besau2..mmg padan patut!







3rd Day


Jalan kalau tak ikut tour group ni best. Leader kami which my cik Abang , is so very flexi..rasa nak pergi mana2 jommmm...rasa tak nak tak payah pergi:)

Pagi tu kami travel ke Phuket Town which is about 40 mins drive dari Kamala. Wah memang banyak lah pearls dia. Cantek2 belaka. Ck Abang kata ..belilah 1 buat kenangan...Alhamdulillah...Masa membeli tu pening gaklaa...macam ayam ngan itek..payahnya nak communicate>>>huhu.... nasib baik adalah sorang 2 yang pandai bercakap omputih!



tu dia tengah pilih cincin utk sendiri and mak  punya. Selesai di situ kami menuju kat the end of the Pulau, Promthep Cape...Wah ..terbukak mata I..sebab nampak banyak kedai2 jual baju. Ingat anak2 jelaa...Harga pun berpatutan:_
Sekejap aje kat situ, kami pun balik menuju ke JungCeylon,,nak gi lunch. cantek sungguh!
Lalu kat Kata town sempat atok bergambar ngan Harley 

sempat gak kami beli 2 beg besar. sebab beg2 kat rumah seme dah hancus:)





Kami ke Jungcelylon lagi petang tu sebab macam tak cukup aje buahtangan yang kami beli. So all out lah petang tu! sempat gak tukar seluar Aladin utk maya...ingatkan baju yang kedut2 tu macam skirt je:..rupanya ada getah


We had a very late lunch, Pukul 330 kot baru makan! Tapi berbaloi sedap. makan kat the same shop lah

on the way back to our hotel, kami lalu kat Patong Beach,,,tiap hari memang lalu kat sini,,sangat2 teringin nak berenti tengok apa ada...the shops macam melambai2 je suruh berhenti!

Macam tau2 aje..Cik Abang pon stoplah kejap..ramai yang tengah berbaring2 berurut..selambe je they all ni...kita pulak naik malu..tak amek gambar pun depa ni..kang buat tambah dosa pulak dok tepek gambar org tak tutup aurat ..huhu

Sempat jugak amek gambar yg ada tulis Patong City. i letak gambar Cik Abang i jelah ye:)




Lepas selesai solat kat apt..maklang n paklang gi jenjalan kat pantai...canteknya sunset ni...




Day 4.

Tak ada apa perancangan sebenarnya pada hari terakhir kami di Phuket. Lepas breakfast, kami ke Banzaan market. Kat sini pasar basah. banyak yang fresh2 di jual kat sini. macam pasar kita kat Malaysialah. Mula2 ingat naklah beli udang kering yang nampak tersangat canteknya...mak oii...rege mencecah Rm80/kg tak silap sekg...so baik laa beli kat Malaysia je ..hehe


Akhirnya impian nak menziarah kedai2 sepanjang jalan kat Patong Bach tercapai . Cik Abang park kereta kat 1 tempat then kami jalan2...sebab atok tak berapa kuat and kami takut dia tak larat, maka Cik Abang ambil kereta dan park dekat2 tempat kami jalan so parking kena 2 kali laa. Alhamdulillah dapat gak beli bbrp helai t-shirt utk Hakim dan Cik Abang. Kena pandai tawar sebab kedai mula2 maklang pergi, mereka buka harga 700 baht sehelai. Mak oii...maklang ronda2 dulu dan akhirnya berjumpalah dengan kedai yang menjual bahan yang sama dalam 250-300 baht sehelai:)



 Kami singgah jugak kat sini. Jangan kata tak pergi nnt. Memang tersangat cantek dan menarik tapi poket je yang tak menarik..Mahai nyalaaah




Sebelum nak balik..as usual kena timbang beg. Punyalah payah nak minta pinjam...mula2 pagi2 Cik abang dah pi tanya...org tu tak paham. so, maklang dapat idea, cari image kat computer dan pergi tunjuk kat reception..akhirnya...dapatlah menimbang...ngam2 je berat dia:)

kami bertolak ke airport sekitar jam 5, walaupun flite pukul 925 malam. Nasib baik orang hotel tu kasi duduk sampai petang:)
Singgah solat maghrib Isya' kat Masjid yg berdekatan



Inilah gambar terakhir kami dinsana..Alhamdulillah..moga ada rezki utk ke sana lagi...Hakim dah excited nak terjun kolam depan verandah!

Hehe...dalam cuti maklang sempat gak menyulam bila tiba malam...atau bila boring bila org lain tido ( sebab maklang dah tido dulu dalam kereta!)

Ok setakat ini dulu...InsyaAllah jumpa lagi...:)

1 comment:

  1. Hello Maklang, sayasuka tengok your gambars sini. Chantek and well taken too.
    Gelang tu very nice kasi kawan. I have not been to this place.....
    Maybe one day.
    You and family look good....
    Have a nice day. Simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete