Tuesday, October 1, 2013

Sunyi


Assalamualaikum..


Sunyi semalam sebab klon abah tak ada kat rumah. Kalau tak, dialah peneman mak masa abah outstation ni. Semenjak jadi ' artis' Skrp ni..ada pementasan seminggu sekali..dan kadang2 terdengar dia dok ulang2 skrip.. Maklumlah nak lancarkan... Kalau dapat ulang2 ayat Quran pasti lebih baik..hehe..nanti nak dera dia biar hafal ayat Quran sama2 ngan mak dia..

Tengahari semalam pukul 2:30 baru bertolak ke KT. Masa nak pergi ke skolah tu bertunda dgn bas yg dihias macam rumah kayu. Kat belakang bas ada tulis SUMAI. Tempat yg dia akam tinggal di KT. Dia kata..mak..akim naik bas ni ke nanti? Mak ye kan aje walau tahu takkalah naik bas macam tu nak gi jauh2. Bas tu setakat Kemaman bolehlah. Dia kata naik bas tu sakit badan..duduk atas kosi kayulah katakan. Masa tu nak pergi zoo kemamam...bujang mak ni bendul..macam mak dia sikit2 heheh...teringat arwah mil.. Pernah dia cakap kat maklang... Cuba jangan jadi bendul sangat.. Sekali sekala kena kona juga laki awak tu... Macam tulah lebihkurang arwah MIL cakap..banyak nasihat dan tunjuk ajar darinya masa maklang baru2 kawin dulu..sekali sekala datang rasa rindu kat arwah...insyaAllah mak..tiap kali lepas solat pasti ku titip doa buat mu, mak...alfatihah untuk mak...

Inilah beg artis..seboleh2 dia nak sumbat dalam backpack dia... Bila tanya kenapa tak nak masuk beg peti, dia kata dia suka beg galas... Macho kot... Nak juga mak-nager yang buatkan.. Habis baju utk nak berlakun disumbatnya... Pandai pulak susun baju ikut mana nak pakai dulu...:)


Masa hantar Hakim smlm tu, terus amek maya sebab dia balik awal. Angah pulak ada kem kat kemaman. Sejak nak exam ni selalu ada kem utk nak belajar pelajaran yang agak lemah. Alhamdulillah pihak kerajaan terengganu anjurkan...moga Allah permudahkan semuanya... Moga anak2 mak berjaya mencekup semua A dalam semua mata pelajaran.. Tak lupa yg di Bandung juga.

Ok takat ini dulu.. Mak ada keje nak siapkan sblm ke KT jap lagi..


Kat bawah ni gambar after and b4 beg yg dipesan kawan maklang.. Alhamdulillah
InsyaAllah

No comments:

Post a Comment