Friday, September 27, 2013

Jumaat yg bz:)

Assalamualaikum

Alhamdulillah setelah sekian lama tak ke pasar tani, hari ini maklang pergi dengan assistant maklang, Angah. Nak kena bawak sorang sebab mmg den langsung tak boleh dan tak mahu angkat barang2 berat. Silap haribulan pinggang jem buat beberapa hari atau beberapa minggu. Biasa tugasan ke pasar cik abang yg lakukan tapi dek kerana tugasan di luar kawasan terpaksalah maklang yang lakukan:).. Seronok gak jumpa beberapa org kawan kat pasar tani.. Almaklum Kerteh ni pusing kiri pusing kanan toleh depan toleh belakang pasti ada orang yang kita kenal or pernah jumpa di mana2:)
My tukang angkat barang

Tak dan nak masuk rumah lepas hantar barang2 dari pasar tani, maklang bergegas hantar Maya tuisyen pulak. Wah kete cicik ( istilah mimin utk kecik) ligat berpusing hari ni...

Lepas breakfast nasi dagang dan nasi kerabu, sempat potong beberapa helai kain utk dijadikan beg InsyaAllah..lepas tu baru bersiap nak amek Maya. 20 mins kot tunggu2 tak keluar, maklang decided nak pi ti em si utk nak beli barang rumah dan juga air mineral utk masa PMR nnt insyaAllah. Balik dr ti em si baru pi amek Maya dan terus pecut nak hantar Hakim ke masjid utk solat Jumaat.


Petang pulak beberapa org kawan datang nak beli kain n riben...  


Lepas mereka pulang maklang sambung tumis utk nak buat inti karipuff yg dah lama cg sekolah idamkan:)
 Lepas isyak baru sambung apa yg perlu. Alhamdulillah siap gak 40 bj dgn bantuan kakak. 20 bj dah dibakar sebagai ganti makan malam:)

InsyaAllqh pg besok bakar lg n Angah boleh bawa kasi cg masa klas tambahan. Sgt bertq pd cg sebab walau dah berpindah sekolah di kuantan sanggup dtg utk nak ajar anak2 muridnya di sini. Hanya Allah dpt membalas jada cg..


No comments:

Post a Comment