Sunday, July 7, 2013

2 tahun

Assalamualaikum...

Diam tak diam, hari ini dah 2 tahun maklang jadi surirumahtangga sepenuh masa. Sungguh cepat masa berlalu. Setakat ini tak pernah lagi rasa menyesal kerana berhenti. Mungkin kerana masa nak berenti maklang dah beristikhorah dan solat hajat minta Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah...InsyaAllah ini adalah yang terbaik buat kami sekeluarga:)


Pg tadi gi date ngan Along. Dia nak makan roti canai kat Kemasik tapi tutup pulak kedai tu. So kami ke MM lah, makan kat situ. Dia nak rasa Yong tau fu gak. Beli sepinggan tambah itu ini jadi RM 11! Terkezut kejap...hehe

Then otw balik, singgah hantar tempah baju raya.:) Malas nak jahit kain lembik2 tahun ini:)

Hari ini sibuk sikit menjahit beg. Dah pos pon 3 bj beg . Dapat jugak siap jahit 4 bj kusyen. Moga Allah permudahkan segala urusan maklang nak siapkan tempahan. Moga2 juga dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna, InsyaAllah:)






Dan Alhamdulillah petang tadi dapat makan mee rebus Johor yang anakanda maklang idamkan...:)...resepinya ada kat blog masak maklang...kat buku resepi maklang pun ada...:)


Oklah sekian dulu..selamat malam dan jumpa lagi:)

1 comment:

  1. cantiknya bunga kat kusyen tu
    nampak hidup je

    ReplyDelete