Sunday, May 12, 2013

Bandung to Jakarta on the 4th day:)

Assalamualaikum..

on the 4th day, kami gerak awak siiiikiiiit je. Kami bertolak ke Jakarta sekitar jam 8:00 pagi lepas maklang dan Along bekfas kat bawah. Abah dan Akim nnt bekfas di jalanan aje...

Pada awal pagi dah rasa tak best sebab pak supir bawa Avanza. Kami memang sewa innova utk 6 hari. dah lah semenya comel2. Maklang pulak kalau naik kete yang berenjut ni mudah sakit belakang. Mula2 oklah , tapi lepas berenti ditempat rehat lebih kurang 1 jam kemudian dan ketika nak memulakan perjalanan yang dah mula nak macet, ekon kereta pulak kong! Berpoloh2 den...Cepatlah sampai Jakarta. Sesampai Jkta, bibik2 wan sara dah pasangkan ekon kat bilik tamu. Kebetulan pula hari tu cuaca panas sangat:(..Lepas dah lega2 dan dah solat zohor..kami pun di jamu makan tengahari. Cuma Atok Rahman Gunardirdja aja ada di rumah. Dia baru sahaja menjalani operation cataract. Wan Sara ada di Deplu Raya...ada organize bazaar. Dalam pada makan2 tu, kami decided nak balik naik train. Dengan kete yg sempit dan tak ada ekon tu dan takut macet, so that was it.

Pak Supir terus balik ke Bandung. Kami dihantar ke Deplu oleh supir wan Sara utk bertemu wan Sara di sana:)


Masuk2 dalam dewan ( masuk ada teket 5K rupiah tak silap, wan sara dah belikan pon).. first thing maklang nampak ni:)

Macam biasa tengok je kat FB



Gambat tak clear...maklang main snap aje..macam2 ada dijual kat sini...


Ni along ngan Wan Sara..Besar dah anak dara I...

Sempat jugak dia belikan kek utk mak dia...entah camana dia boleh jumpa org jual kek pulak kat sini..TQ Along:)



Kami naik train kat stesen Gambir. Oklah ketapi dia macam keretapi Sinaran tu...masa nak beli teket kena ada pasport or kartu nama. Or else tak leh naik. Tambang Jkta- Bandung dalm 80-85k


kami duduk mengadap. kerusi dia boleh pusing2 ikut arah mana kita nak. sempat gak maklang kedut2kan riben dan sempat gak tido..heheh...perjalanan mengambil masa 3 jam.

Lepas dah sampai Bandung, kami dijemput pak supir. Kereta dah besar balik and airkon pun dah ada..lega. Kami makan pizza domino je malam tu...delivery...tak larat dah nak kemana2...Lepak betul rasanya:). Pastu along ada gak order entah apakebenda ni:)






+++++++++++++++++++
Seperti yang dijanjikan..ni gambar kat Grand Canyon..the food was really good! Maklang amek gambar semuanya supaya nnt bila nak buat boleh tengok gambar aje...




 Interframe pulak...ni gambar salah satu rumah yg along ingat dia nak duduk...tapi maklang prefer rumah yang 1 lagi..) rasa cam kat Amerika lak..sejuk2 ni ..teringat masa zaman I sekolah dulu...rindu Columbia:(




Balik semula ke Grand Canyon...



Air lemon ni mmg kaw! Sedap!
Kerabu ayam with glass noodles...unik sebab ada belimbing buluh ngan suun...cantek dia buat nasi dia bentuk segi...pastu tengok lada tu cam bulan sabit pulak:)

Ni maklang tak suka...ayam di goreng dengan kari then ada telor...

Ini ikan dory...sedap lah juga:)



Mixed vege...ok ok je

Kuew teow pun ok


Gambar tomyam dan chicken kesew nut entah kemana perginya..
bila dah kenyang..seme ngadap hp laa



Oklah takat ni dulu..bujang maklang masih lagi buat hw dia. Siang tadi meleka...pastu balik sekolah penat agaknya lepas dah mandi2, makan and solat, dia terlelap...ni kita pulak ngantuk tp terpaksa berjaga...so I mengupdetlaa kejap...

Sori if banyak typo error ye..malas nak cek. mata nak lelap dah ni..Sehingga ke temu lg,,,sudi2lah mampir lagi..

Assalamualaikum :)

1 comment:

  1. terima kasih ole ole nya ya ibu....
    kalau lagi kesana mau di belian nya lagi ya hehe

    ReplyDelete