Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

2 tahun

Assalamualaikum...

Diam tak diam, hari ini dah 2 tahun maklang jadi surirumahtangga sepenuh masa. Sungguh cepat masa berlalu. Setakat ini tak pernah lagi rasa menyesal kerana berhenti. Mungkin kerana masa nak berenti maklang dah beristikhorah dan solat hajat minta Allah tunjukkan jalan. Alhamdulillah...InsyaAllah ini adalah yang terbaik buat kami sekeluarga:)


Pg tadi gi date ngan Along. Dia nak makan roti canai kat Kemasik tapi tutup pulak kedai tu. So kami ke MM lah, makan kat situ. Dia nak rasa Yong tau fu gak. Beli sepinggan tambah itu ini jadi RM 11! Terkezut kejap...hehe

Then otw balik, singgah hantar tempah baju raya.:) Malas nak jahit kain lembik2 tahun ini:)

Hari ini sibuk sikit menjahit beg. Dah pos pon 3 bj beg . Dapat jugak siap jahit 4 bj kusyen. Moga Allah permudahkan segala urusan maklang nak siapkan tempahan. Moga2 juga dapat menunaikan ibadah puasa dengan sempurna, InsyaAllah:)






Dan Alhamdulillah petang tadi dapat makan mee rebus Johor yang anakanda maklang idamkan...:)...resepinya ada kat blog masak maklang...kat buku resepi maklang pun ada...:)


Oklah sekian dulu..selamat malam dan jumpa lagi:)

Saturday, July 6, 2013

Kisah hujung minggu

Assalamualaikum...

Santai aje hujung minggu ni. Anak2 pun tak sekolah...Angah pagi2 dah siap nak ke tuition tapi cancelled sbb cg tak sihat. Maya pulak dpt tahu tuition start awal. Tapi bila sampai dapat tahu yang tuition macam biasa. Malas mak nak ulang alik. So suruh Maya tunggu je kat situ. Kawan2 dia pun dah ramai yang datang , so tak apalah dia tunggu.

Breakdasr besar pagi semalam sebab ada orang kemaruk...kalau boleh nak makan semua agaknya. Berselera benar!

Untuk tengahari , maklang buat gulai nangka. Lama dah nak makan. Tapi hari selasa lepas masa maklang attend kursus pengurusan jenazah dah dapat makan, tapi biasalah...nak makan yang buat sendiri baru puas hati. Masih ada berbaki...nak makan lagi lah besok InsyaAllah..

gulai nangka idaman hati:)


Hari ini pulak Cik Abang I masak. Dia yang membajar daging etc. Tapi semuanya dah disiapkam oleh bibik:)



BBQ pit ni buat dah beberapa tahun lepas dan beberapa tahun tak digunakan. Biasa buat kat dapur aje..tp tadi Along, Maya dan kakak tolak kat tepi kolam..Seronok berpiknik!


2 buah hati I sedang menjalankan tugas...hehe


dah pun siap dibakat




Chef in the house...sedang seronok nak BBQ. Wife chef duduk tersandar je tunggunak kena serve..

dan ada tetamu khas...Chef Hanieliza...aka Kak Liza ....


Along serve ni...the kulit tu bawak balik dari Jatinangor:)

Alhamdulillah...


Sementara nak tunggu api nak padam, maklang bakar daging ..nnt boleh buat gulai daging salai....Bestnya...InsyaAllah!


Along nak bakar kerang pulak...:)





Thats all fot now...

Assalamualaikum!

Monday, June 3, 2013

Tetamu lagi

Assalamualaikum

Maklang ingat nak updet malam tadi tapi sungguh malang.. Maklang tak dapat nak mengerjakannya kerana mata maklang tak beri kerjasama.  Boleh sambil lelap mata sambil jari pegang manik. Konon nak siapkan memanik sulaman ini:) Alhamdulillah siap dah pagi tadi.. Aduhaiiii...







Alhamdulillah gak, lepas breakfast semalam, maklang cepat2 selesaikan menjahit beg ni sebab mak sedara yang singgah jumaat aritu nak tempah yang simple one. Bila dah siap, silap pulak warna tulip. Patutnya kuning, jadi pink, maka terpaksalah di buka dan dijahit semula...:) Alhamdulillah Allah permudahkan:) Mak sedara tu pun dah singgah ambil beg dia masa otw nak ke Kemaman. Mereka tido kat Kemaman or Kuantan malam semalam b4 bertolak ke KL tadi pagi.




Pagi juga selepas selesai buat sarapan pagi, maklang buatkan pastry puff ni. Isinya dah dibuat pada pagi Sabtu. Lepas tu masuk esboklah. Tak larat dah nak buat keje kat dapo bila dah balik dari majlis kawin aritu Sabtu. Alhamdulillah sekejap aje selesainya. Kemudian sambung menyulam ros putih lagi.

Dalam pukul 2 ptg. Abg Nafiz call beritahu kata dah gerak dari KT. Lepas solat Zohor maklang masuk dapur semula nak gorengkan mee. Memang dah beritahu abg nafiz yang maklang ada buatkan dia karipap. So I goreng jug meehoon boleh buat bekal makan dalam perjalanan. Alhamdulillah...goreng banyak terus sebab petang mak teh and pak teh dah cakap nak singgah masa otw balik dari KT.


Angah and bibik punya keje lah..sapu kuning telur dan bakar:)




Lepas famili abg nafiz gerak, maklang, paklang, maya and faezin naik kereta nak pi amek hakim dari training robotics dia. Baru aje keluar dr simpang rumah...nampak kete Pak Teh and mak teh. So, paklang turun sambut mereka, maklang pulak lah gi amek Hakim kat sekolah:)

Ini gambar adinda kekanda...



Ini pulak isteri adinda dan kekanda:), Kalau bergambar ngan mak teh, maklang kena semunyi banyak sebab mak teh comel sangat





 Sebelum mereka beredar, kami bergambar bersama Datok. Datok sekarang tak macam Datok dulu2. Sekarang Datok dah pelupa....:( > Moga Allah pelihara Datok dalam rahmat Nya...




Sekian buat hari ini...

Assalamualaikum...