Monday, June 3, 2013

Tetamu lagi

Assalamualaikum

Maklang ingat nak updet malam tadi tapi sungguh malang.. Maklang tak dapat nak mengerjakannya kerana mata maklang tak beri kerjasama.  Boleh sambil lelap mata sambil jari pegang manik. Konon nak siapkan memanik sulaman ini:) Alhamdulillah siap dah pagi tadi.. Aduhaiiii...







Alhamdulillah gak, lepas breakfast semalam, maklang cepat2 selesaikan menjahit beg ni sebab mak sedara yang singgah jumaat aritu nak tempah yang simple one. Bila dah siap, silap pulak warna tulip. Patutnya kuning, jadi pink, maka terpaksalah di buka dan dijahit semula...:) Alhamdulillah Allah permudahkan:) Mak sedara tu pun dah singgah ambil beg dia masa otw nak ke Kemaman. Mereka tido kat Kemaman or Kuantan malam semalam b4 bertolak ke KL tadi pagi.




Pagi juga selepas selesai buat sarapan pagi, maklang buatkan pastry puff ni. Isinya dah dibuat pada pagi Sabtu. Lepas tu masuk esboklah. Tak larat dah nak buat keje kat dapo bila dah balik dari majlis kawin aritu Sabtu. Alhamdulillah sekejap aje selesainya. Kemudian sambung menyulam ros putih lagi.

Dalam pukul 2 ptg. Abg Nafiz call beritahu kata dah gerak dari KT. Lepas solat Zohor maklang masuk dapur semula nak gorengkan mee. Memang dah beritahu abg nafiz yang maklang ada buatkan dia karipap. So I goreng jug meehoon boleh buat bekal makan dalam perjalanan. Alhamdulillah...goreng banyak terus sebab petang mak teh and pak teh dah cakap nak singgah masa otw balik dari KT.


Angah and bibik punya keje lah..sapu kuning telur dan bakar:)




Lepas famili abg nafiz gerak, maklang, paklang, maya and faezin naik kereta nak pi amek hakim dari training robotics dia. Baru aje keluar dr simpang rumah...nampak kete Pak Teh and mak teh. So, paklang turun sambut mereka, maklang pulak lah gi amek Hakim kat sekolah:)

Ini gambar adinda kekanda...



Ini pulak isteri adinda dan kekanda:), Kalau bergambar ngan mak teh, maklang kena semunyi banyak sebab mak teh comel sangat





 Sebelum mereka beredar, kami bergambar bersama Datok. Datok sekarang tak macam Datok dulu2. Sekarang Datok dah pelupa....:( > Moga Allah pelihara Datok dalam rahmat Nya...




Sekian buat hari ini...

Assalamualaikum...

2 comments:

  1. Alhamdulillah,

    Sihat memblogging lagi Mak Lang kita ni :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...kena blog semula sbb sekarang masa berlalu terlalu pantas sampai tak ingat buat apa...macam diary bergambar lah ni...:)

    Tq lawat blog maklang yang kian sepi tanpa tetamu menyapa:(

    ReplyDelete