Saturday, June 8, 2013

May Allah give her strength... Aminnnn

Assalamualaikum

Alhamdulillah jumaat tiba lagi. Kami ke imigresen pagi ini. Kena buat segera sbb permit kakak expire 16 hb ni tak silap. Kalau lambat nnt kena denda. Permit bibik hari tu kena saman gara2 terlupa expiry date dia. Terlambat sebulan rasanya. Tp nasib baiklah kena saman je kalau dia suruh balik ke Indon , tak ke naya....



Kita bercerita dengan gambar jelah ye...


Ini basic biskut yg Angah buat hari khamis petang. Terasa nak makan biskut raya pulak. Dah suruh budak2 buat, rupa biskut pun rupa bdsak2 lah.. Harus raya nanti ada yg rupa cam ni ;).. Tak pelah asal ada... Dia buat sendiri without my supervision..Alhamdulillah jadi:)



Semalam masa otw to Kuantan, sempat maklang menjahit dalam kereta. Sekarang ni Alhamdulillah tak berapa rasa pening kalau menyulam dalam kereta..agaknya sebab dalam alam lain kot...hehehe..terleka menjahit tak sedar apa2 ...khusyuk gitu..Kalau solat dapat macam tu kan ke bagus...Ya Allah moga kekhusyukkan dalam solat dapat diperolehi sentiasa...Aminnn


Kami tiba jabatan imigresen dekat2 kol 12:00. Nasib baik abang i sempat submit ..pegawai kata dtg semula jam 2:45pm..so next destination nak lunch. Tiba2 lapar pulak...Ingat kan nak makan kat Sara Thai..tapi kedai bukak pukol 2:00pm..melopeh tomyam sedap:(

So, cari2 kedai dekat2 Kamdar. Nak kena beli kain sikit sebab ada buat kusyen 13 bj. Kain tak cukup pulak..Lepas makan ingat nak kejap aja kat Kamdar, tp bila dpt message dari Kak Elle minta tolong belikan bunga ( maklang yang whatapps dulu kot2 dia ada nak pesan barang nak hantar kat teman kami yang sedang tak berapa sihat), maka maklang kata kat Cik Abang, amek maklang kat Kamdar lepas solat. Tiba Kamdar, mabuk pulak tengok kain..so, dari nak beli dalam RM50 jadik kali 11 pulak ...huhu..tak pe...nak buat nege tu ( niaga:)

Habis kat sana, maklang kluar Kamdar. kena cepat sebab masa dah nak abis. dah dekat 2:00pm dan solat jumaat dah nak selesai. jalan jalan n jalan kat kedai2 dekat2 Kamdar...maklang jumpa ni...Alhamdulillah harga menepati pesanan, dan bunga memang warna kegemaran kawan kami:) Rezki tu namanya...:)


Then balik ke Imigresen, maklang solat kat situ. Best bilik semayang dia besar dan sangat sejuk ekon dia, tapi tercari2 arah kiblat. Nasib baik ada yg nak solat, dapat tahu arah mana...


Ni Cik Abang...penat duduk, diri, penat diri duduk...kol 4:00 kot baru dapat balik.Alhamdulillah selesai about 4:30pm dan kami bertolak balik...Destinasi nak jumpa Raja Sarinah...

Tiba kat rumah RS about 5:30 ( berenti beli barang kat Fast Bakery kejap)...sedih tengok kawan tak sihat...Puas hati dapat peluk cium...moga cepatlah sembuhnya...tak cukup qorum nak berpicnic nanti...Ya Allah Kau sembuhkan lah sahabat kami seperti sediakala..Aminn

Adalah dalam sejam kami kat sana..Maklang sedih dan berair mata I entah kali ke berapa..Maklang  teringat masa maklang sakit tahun 2008 dulu, RS dan suami ke Kuantan beri semangat pada maklang masa maklang nak operate tulang belakang..Berkat sokongan mereka...Alhamdulillah I am well now:). Dan maklang berharap dapat melakukan yang sama juga utk dia...InsyaAllah...

Kami singgah sini jap..nak beli pastry puff and wrap...nak sekolah ni kena prepare lah apa yang patut utk bekal anak2 ke sekolah:)








Ni pun nak cerita..sebelum ke Kuantan sempat kemas dan kemas lemari beg tangan...terjumpa beg ini...terkejut jugak..lamanya..sampai tak ingat ada beg ni..kena pakai ni!


Yang best sekali..maklang rapikan tempat menjahit...Wah..lama tak sekemas ni..Tuan nak pi jalan jap!



Malam bila tiba rumah..Cik Abang minta Angah buatkan burger marina ni..sedap...Lepas makan, tengok TV3 cerita sebenarnya dia isteri saya...lepas tu terlena tak leh bukak mata..Letihnya seharian di luar rumah...




Ok takat ni dulu..maklang nak menyulam jap..jap lagi je dah Asar..ada masa maklang updet tentang wedding my silent reader yang maklang baru discover kejap tadi:) Alhamdulillah...

Assalamualaikum!

2 comments:

  1. Salam Maklang, Semoga akak Raja Sarinah cepat sembuhnya, aminnnn...

    ReplyDelete
  2. Salan mak lang.. semoga kak rina segera sembuh

    ReplyDelete